Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Semua Pengguna Kini Boleh Hadkan Ciapan Balas Di Twitter

Semua Pengguna Kini Boleh Hadkan Ciapan Balas Di Twitter

Diterbitkan Ogos 12, 2020 · Dikemas kini Ogos 12, 2020 oleh Amalina Athman

Semalam, Twitter telah dikemaskini dengan fungsi baharu yang membolehkan semua pengguna mengehadkan ciapan balas. Syarikat itu menyatakan ia sebagai sebahagian dari usaha untuk memberikan pengguna lebih banyak kawalan bagi setiap perbualan yang dimulakan oleh mereka sendiri.

Untuk menggunakan fungsi ini, mulakan ciapan seperti biasa. Setelah itu, pilih siapa yang boleh membalas ciapan tersebut. Terdapat tiga pilihan termasuk “everyone” yang merupakan tetapan default.

hadkan ciapan Twitter
hadkan ciapan Twitter

Bagi pilihan “People you follow” dan “Only people you mention”, ciapan akan dilabel dan ikon balas akan dikaburkan bagi pengguna yang tidak boleh membalas ciapan tersebut. Bagaimanapun, mereka masih boleh melihat, membuat ciapan semula dengan atau tanpa komen, berkongsi dan menyukai ciapan tersebut.

Dalam pada itu, Twitter turut menyatakan syarikat itu dalam perancangan untuk menambah pilihan yang boleh menjemput ramai orang bagi setiap perbualan yang dimulakan dan sebagainya.

Sumber: Twitter

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
  • Lenovo Legion Go Beam Dilapor Akan Menjalankan Sistem Android
  • Ini Jumlah Kepala Peledak Nuklear Yang Dilaporkan Wujud Di 9 Negara Setakat Ini
  • Platform X Kini Perkenal Ciri Kawalan Ibu Bapa
  • Astro X3 Kini Ditawarkan Tanpa Kontrak, Harga Promosi Bermula RM39.99/Bulan
  • Remaja 18 Tahun Didakwa Godam 11,000 Data Warga Denmark
©2026 WISER.MY