Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
samsung ai tv

TV AI Samsung Dengan Pemproses NQ8 AI Gen 3 Kini Di Malaysia, Paling Mahal RM46,999

Diterbitkan Mei 14, 2024 · Dikemas kini Mei 14, 2024 oleh Amsyar Latif

Penghujung Mac lepas, Samsung memperkenalkan barisan televisyen (TV) AI baharu yang mana dikuasakan pemproses NQ8 AI Gen 3. Kini, kesemua TV tersebut masuk secara rasmi untuk pasaran Malaysia.

Untuk model paling berkuasa Neo QLED 8K, ia hadir dengan AI Upscaling, AI Picture serta AI Gaming lebih berprestasi di mana menawarkan saiz 75 inci dan 85 inci. Sementara model Neo QLED 4K dengan pemproses NQ4 AI Gen 2 ditawarkan dengan saiz bermula 43 inci sehinggalah 98 inci.

Samsung AI Upscaling

Selain itu, siri TV OLED daripada Samsung juga mempunyai peningkatan yang mana hadir dengan teknologi OLED Glare Free atau anti silau.

Kalau sebelum ini Samsung hadir dengan TV dalam bentuk bingkai gambar atau dipanggil The Frame, kali ini mereka menawarkan pembesar suara dalam siri ini juga menerusi Music Frame. Ia boleh disambungkan secara tanpa wayar untuk sambungan telefon pintar atau pun TV.

samsung music frame

Dari segi harga, segmen Neo QLED 8K dijual pada tanda bermula RM24,999. Sementara Neo QLED 4K bermula RM8,299. Untuk segmen TV OLED terbaru pula bermula RM15,999.

Screenshot 2024-05-14 at 10.47.06 AM
Screenshot 2024-05-14 at 10.47.19 AM
Screenshot 2024-05-14 at 10.47.34 AM

Sempena kehadirannya, Samsung menawarkan ganjaran kredit Touch n Go eWallet sehingga RM2,900 bagi setiap pembelian TV atau aksesori audio.

Anda boleh mengetahui lebih lanjut berkaitan barisan TV ini di sini – https://wiser.my/macam-ni-samsung-ubah-cara-anda-tonton-tv-dengan-teknologi-ai

Berkaitan

  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Sumber: Siaran Media Samsung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY