Turing Phone Memfailkan Muflis Di Finland

Turing Robotics Industries (TRI), syarikat yang menghasilkan peranti telefon pintar yang bercirikan keselamatan telah memohon permohonan muflis di Finland. Syarikat yang berpengkalan di Finland itu mengumumkan perkara tersebut setelah mengalami kerugian kewangan yang teruk.

Mengikut akhbar Finland, Salon Seudun Sanomat, rekod kewangan untuk tahun 2016 menunjukkan TRI mengalami kerugian sebanyak RM 2.7 juta.



Tetapi kalau menurut kiriman Facebook oleh CEO TRI, Y.L Chao berkata yang permohonan muflis itu adalah hanya untuk menghentikan operasi syarikat mereka di Salo, Finland dan bukan bermakna syarikat itu secara keseluruhan sedang menghadapi masalah kewangan.

Peranti Turing Phone dipasarkan sebagai peranti telefon pintar yang mementingkan ciri-ciri keselamatan yang tinggi dengan fungsi yang disulitkan dibuat di dalam perkakasan peranti tersebut berbanding peranti telefon pintar lain yang melakukannya di dalam perisian rangkaian.

Sumber