Bateri iPhone Cepat Habis? Ikuti Langkah Ini

Sebelum itu, ada beberapa perkara yang perlu anda tahu:

  • Proses troubleshooting sebuah bateri akan mengambil masa yang lama dan boleh mengecewakan. Anda perlu sedar akan perkara ini dan ambil masa anda sendiri.

  • Ambil sebuah kertas dan catatkan setiap proses yang anda telah lakukan supaya anda tahu di mana anda berada di dalam proses troubleshooting. Cara ini akan menjimatkan masa anda dengan tidak berbalik kepada proses yang tidak perlu.

  • Tiada jaminan proses ini akan menyelesaikan semua masalah bateri terutamanya jika masalah ini berkaitan dengan bug ataupun masalah perkakasan dimana bateri anda sudah tidak mampu menyimpan kuasa


Background Refresh

Pertama sekali, pergi ke Settings > Battery dan lihat ke senarai penggunaan bateri.

Tap di mana-mana di senarai itu untuk menunjukkan peratusan dan berapa lama aplikasi tersebut beroperasi di balik tabir dan mengambil masa skrin.



Harus diingatkan juga yang sesetengah apps seperti Music direka untuk berfungsi di belakang tabir tetapi bukan semua aplikasi bekerja begitu.

Anda juga perlu melihat kepada kawasan yang kurang mendapat liputan servis.

Di kawasan ini, peranti akan menggunakan bateri yang banyak bagi mencari liputan servis yang terhad.

Mungkin dengan meletakkan peranti di dalam Airplane Mode, anda boleh menjimatkan penggunaan bateri sekiranya anda tidak memerlukan servis telco anda sebaliknya hanya memasang Wi-Fi jika ada.

Jika anda mendapati sesetengah aplikasi menggunakan terlalu banyak bateri, anda boleh menyiasat perkara itu.

Pergi ke Settings > General > Background App Refresh dan tutup background refresh untuk aplikasi tersebut.

Selepas anda melakukan semua perkara di atas, bolehlah untuk memeriksa sama ada cara di atas berkesan atau tidak.

Jika semuanya baik, maknanya proses anda tamat di sini.

Push Email

Salah satu fungsi yang boleh menghabiskan bateri anda dengan cepat ialah push email, yang boleh menghalang iPhone anda dari masuk ke mod sleep.

Jika anda mendapati angka Usage dan Standby lebih kurang sama, penggunaan bateri oleh peranti anda adalah tidak normal dan mungkin ia berpunca dari push email.

Pergi ke Settings > Mail > Accounts > Fetch New Data dan sementara waktu tutup Push dan lihat apa yang berlaku.

Pastikan aplikasi anda di bawah kawalan

Aplikasi boleh memberi kesan tidak langsung kepada hayat bateri dalam beberapa cara:

  • Beroperasi di balik tabir

  • Popping up notifications


Ini sebabnya anda perlu tahu aplikasi mana yang perlu untuk berfungsi untuk perkara di atas. Cara-cara untuk mengatasinya ialah:

  • Padam aplikasi yang anda tidak gunakan

  • Untuk aplikasi yang jarang anda gunakan, tutup fungsi seperti notifications (Settings > Notifications), background refresh (Settings > General > Background App Refresh), location services (Settings > Privacy > Location Services).


Jika semuanya tidak menjadi..

  • Padam semua data (factory reset) dan pasang kembali semuanya seperti iPhone yang baru untuk mendapatkan hasil yang baik

  • Bawa powerbank sekiranya memerlukan penggunaan bateri di luar