Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengecasan Pantas iPhone Tidak Akan Dijual Secara Berasingan Tahun Ini

Tukar Bateri iPhone Anda Dengan Harga Diskaun Sebelum 31 Disember Ini

Diterbitkan Disember 15, 2018 · Dikemas kini Disember 15, 2018 oleh Haikel Areff

Bateri adalah salah satu kekurangan yang sering disebut-sebut sebagai kelemahan yang ada pada sebuah peranti iPhone. Sampai ada yang mengatakan bahawa pengguna iPhone dan bank kuasa tidak boleh dipisahkan.

Tidak dapat dinafikan perkara itu. Namun, penggunaan bank kuasa secara berlebihan seringkali dikaitkan dengan kesan buruknya terhadap bateri peranti. Ia dikeruhkan lagi dengan dakwaan Apple memperlahankan prestasi iPhone sekiranya tahap kesihatan bateri berkurangan.

Apple Bayar Balik RM 240 Kepada Pengguna iPhone Yang Menukar Bateri Sepanjang Tahun Lepas

Malah mereka juga telah memperakui perkara itu. Tetapi atas dasar tanggungjawab, Apple telah mengadakan promosi harga diskaun bagi penukaran bateri untuk setiap model iPhone-nya, bermula dari iPhone 6 hinggalah iPhone X sejak Januari sehingga 31 Disember ini.

Pada ketika ini, harga bagi penukaran bateri yang ditawarkan adalah cuma RM 121 sahaja berbanding harga normal pada RM 349.

Tukar Bateri iPhone Anda Dengan Harga Diskaun Sebelum 31 Disember Ini

Tahap kesihatan bateri boleh disemak terus daripada peranti melalui fungsi Battery Health. Jika kapasiti maksimum tidak mencapai tahap 80% ke atas atau keupayaan prestasi puncak tidak menunjukkan tahap normal, anda dinasihatkan menukar bateri iPhone anda.

Tukar Bateri iPhone Anda Dengan Harga Diskaun Sebelum 31 Disember Ini

Dan sekiranya anda tidak dapat menyemak status bateri anda atau ia menunjukkan status seperti di atas, ini bermakna bateri yang anda gunakan sekarang berkemungkinan besar adalah tidak asli atau terdapat masalah pada bateri.

Bagaimanapun, jika iPhone anda pernah menukarkan kompenan di pusat servis yang tidak diiktiraf Apple, telefon anda berkemungkinan tidak layak untuk menyertai promosi ini.

Untuk mengetahui status kelayakan peranti iPhone anda, anda bolehlah ke Pusat Servis Apple berhampiran anda untuk membuat semakan seterusnya membuat penukaran bateri.

 

Sumber: Apple

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY