Train To Busan 'Peninsula', Nafas Baru Kepada Industri Filem

train to busan peninsula

Filem sekuel 'Train to Busan', 'Peninsula' arahan Yeon Sang-ho telah membawa nafas dan harapan baru kepada industri filem Korea Selatan. Filem thriller yang dibintangi oleh Gong Yoo itu dilaporkan berjaya mengutip sebanyak $13 juta (~RM55 juta) pada hari pertama tayangannya.

Di Taiwan pula, filem ini berjaya mengutip sekurang-kurangnya $5 juta (~RM21 juta) termasuk Malaysia, Singapore, dan Vietnam. Secara global, Peninsula telah menghasilkan $750,000 (~RM3 juta) dari tayangan di IMAX menjadikan jumlah kutipan IMAX $1 juta (~RM4 juta). Jumlah ini merupakan jumlah yang pertama IMAX peroleh sejak kali terakhir pengunjung menonton wayang iaitu pertengahan bulan Mac yang lalu.



Filem aksi seram itu mengisahkan tentang perjalanan kereta api yang diuji dengan kehadiran para zombi. 4 tahun berlalu sejak "Train to Busan," Peninsula menampilkan Gang Dong-won sebagai askar yang berjaya melepaskan diri dari Korea Selatan yang penuh dengan zombi.

Kerajaan negara itu juga telah musnah menjadikan negara tersebut menjadi kumuh. Ketika dia dihantar kembali ke Korea untuk mengambil sesuatu yang bernilai, tentunya ia menjadi sukar disebabkan keadaan orang sekeliling.

Saksikan filem 'Peninsula' di panggung wayang berdekatan anda!

Sumber: IndieWire

Baca seterusnya: Filem Aksi Hebat Yang Didominasi Oleh Pelakon Wanita