Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
‘The Haunting of Bly Manor’ Akan Hadir Pada 9 Oktober Ini Di Netflix

‘The Haunting of Bly Manor’ Akan Hadir Pada 9 Oktober Ini Di Netflix

Diterbitkan September 2, 2020 oleh Nadiah Ab

Antara siri seram terbaik Netflix, The Haunting of Hill House, dilancarkan pada 2018, telah diadaptasikan oleh novel tulisan Shirley Jackson. Musim kedua, bertajuk ‘The Haunting of Bly Manor‘, akan hadir pada 9 Oktober ini di Netflix, dan video acahnya kelihatan lebih mendebarkan.

The Haunting of Hill House awalnya mengisahkan tentang adik beradik yang trauma dengan tragedi lama di rumah zaman kanak-kanak mereka. Kisah musim pertama sudah lengkap, tetapi sekiranya anda masih belum ketahui, ini merupakan siri antologi, di mana setiap musim akan menceritakan kisah seram yang berbeza.

https://www.youtube.com/watch?v=1Y073x-Gwa4

The Haunting of Bly Manor kali ini adalah berdasarkan novel seram tahun 1988 oleh Henry James. Novel bertajuk The Turn of the Screw mengisahkan tentang seorang wanita yang datang ke sebuah rumah agam di desa Essex untuk mengajar dua anak yatim piatu. Kedua anak ini baru sahaja kehilangan ibu bapa mereka dan dipercayai rumah dan juga anak-anak itu dihantui oleh roh.

Buku ini terkenal dengan kesamarannya, di mana timbul pertanyaan, sama ada wanita itu benar tentang apa yang dipercayai atau adakah dia hanya jadi gila. Pastinya ini yang menjadi salah satu sebab untuk menonton siri ini.

the haunting of bly manor
the haunting of bly manor
the haunting of bly manor
‘The Haunting of Bly Manor’ Akan Hadir Pada 9 Oktober Ini Di Netflix

Melalui video acahnya, beberapa pelakon dari musim Hill House dapat dilihat, walaupun watak mereka kali ini berbeza sama sekali. Mereka termasuklah Victoria Pedretto, Oliver Jackson-Cohen, Kate Siegel, dan Henry Thomas, yang memainkan watak baru musim ini.

Sekali lagi, siri ini diterbit oleh Mike Flanagan dan Macy untuk Interpid Pictures, bersama dengan Darryl Frank dan Justin Falvey untuk Amblin Television.

Siri seram terbaru The Haunting of Bly Manor akan hadir di Netflix pada 9 Oktober 2020.
Sumber: Siaran Akhbar Netflix & Empire
Baca lagi: Siri Dan Filem Seram Terbaik Anda Wajib Tonton Di Netflix

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY