Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
‘Track This’ Mengelirukan Pengiklan Yang Menjejaki Anda Dengan Membuka 100 Tab Laman Sesawang Sekaligus

‘Track This’ Mengelirukan Pengiklan Yang Menjejaki Anda Dengan Membuka 100 Tab Laman Sesawang Sekaligus

Diterbitkan Julai 11, 2019 · Dikemas kini Julai 11, 2019 oleh ariff bukhari

Iklan masih akan dipaparkan tetapi tiada yang kena-mengena dengan minat anda.

Jika anda merasakan iklan-iklan yang dipaparkan pada setiap laman sesawang yang dilawati terlalu mengetahui dengan apa yang diminati anda, ia adalah benar sama sekali.

Ini kerana mereka menjejaki anda setiap kali anda melakukan urusan jual beli secara atas talian atau melawati sesebuah laman sesawang tertentu.

Oleh itu pihak Mozilla, pembangun aplikasi pelayar Firefox pada bulan Jun lalu telah menjalankan projek khas yang dipanggil ‘Track This’ bagi membantu anda menangani masalah tersebut.

Track This berfungsi dengan membuka sebanyak 100 laman sesawang sekaligus yang anda tidak pernah lawati sebelum ini.

Ia bertujuan bagi mengelirukan pengiklan berdasarkan kepada 4 profil berbeza yang boleh dipilih anda.

Sebagai contoh, profail Hypebeast lebih memfokuskan barangan seperti kasut, pakaian santai dan muzik-muzik terbaru. Manakala profail Influencer pula lebih memfokuskan produk-produk kecantikan kulit, aplikasi meditasi dan lain-lain.

Mozilla menyatakan Track This adalah ciri mod incognito yang baru bagi melayari internet. Tetapi jangan pula terkeliru, iklan akan tetap dipaparkan, cuma iklan-iklan tersebut langsung yang tiada kena-mengena dengan anda.

Cara mengunakan Track This

Untuk mencuba sendiri projek Track This oleh Mozilla ini, pertama sekali layari laman Track This . Kemudian pilih salah satu dari 4 profail yang disediakan iaitu Hypebeast , Filthy Rich, Doomsday, atau Influencer.

‘Track This’ Mengelirukan Pengiklan Yang Menjejaki Anda Dengan Membuka 100 Tab Laman Sesawang Sekaligus
Sebagai contoh penulis memilih profail Doomsday.

Kemudian, anda klik pada butang Track This yang berwarna kuning. Sebelum proses membuka 100 tab laman sesawang yang berkaitan dengan profail itu bermula, akan keluar satu laman muka seperti rajaf di bawah.

‘Track This’ Mengelirukan Pengiklan Yang Menjejaki Anda Dengan Membuka 100 Tab Laman Sesawang Sekaligus

Jika semua sudah sedia, anda bolehlah klik pada butang OPEN 100 TABS tersebut dan secara automatik sebanyak 100 laman sesawang akan terbuka secara sendirinya yang berkaitan dengan profail yang anda pilih tadi.

‘Track This’ Mengelirukan Pengiklan Yang Menjejaki Anda Dengan Membuka 100 Tab Laman Sesawang Sekaligus
Contoh laman sesawang yang dibuka berkaitan dengan profail Doomsday. Beli khemah untuk berteduh.

Jadi, anda bolehlah mencuba sendiri projek Track This oleh Mozilla ini di komputer anda menggunakan sebarang aplikasi pelayar, sama ada Google Chrome, Firefox, Opera atau Safari dan lain-lain.

Cuma pastikan dahulu keupayaan komputer anda sebelum membuka sebanyak 100 tab laman sesawang takut nanti tiba-tiba sistem operasi komputer tersebut tergantung pula.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY