Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Pixel 9 Pro XL

Tonton JerryRig ‘Kerjakan’ Pixel 9 Pro XL, Lulus Ujian Ketahanan

Diterbitkan Ogos 15, 2024 · Dikemas kini Ogos 15, 2024 oleh ariff bukhari

Google secara rasminya telah pun melancarkan telefon pintar Android terbaru mereka, siri Pixel 9 termasuklah telefon boleh lipat, Pixel 9 Pro Fold.

Selepas sahaja dilancarkan, tidak perlu menunggu lama, saluran YouTube yang popular dengan menguji ketahahan peranti pintar dan pelbagai barangan elektronik lain, JerryRigEverything telah memuat naik video yang memaparkan beliau menguji Google Pixel 9 Pro XL.

Walaupun ia mungkin tidak akan dilakukan oleh pengguna umum, tetapi Jerry Rig seperti biasa menguji peranti andalan terbaru itu secara keras dengan mengguris bagi ujian calar pada skrin dan lensa kamera serta sekeliling badan peranti tersebut.

Dari hasil ujiannya itu beliau menyimpulkan, bagi ketahahan kesan calar paparan Pixel 9 Pro XL yang menggunakan skrin Corning Gorilla Glass Victus 2, berada pada tahap 6.

Akhir sekali, ujian bengkok bagi menguji kekuatan kerangka pula Jerry menyimpulkan, Pixel 9 Pro XL lebih kuat dari model sebelumnya.

Google Pixel 9 Pro XL
Google Pixel 9 Pro XL
Google Pixel 9 Pro XL
Ngilu bila tengok dan dengar bunyi gurisan tu.
Screen Shot 2024-08-15 at 11.45.45 AM
Screen Shot 2024-08-15 at 11.46.03 AM
Screen Shot 2024-08-15 at 11.46.57 AM

“Dengan tiada bunyi rekahan apabila dilentur di belakang mahupun di depan, Pixel 9 Pro XL telah melepasi ujian ketahanan saya…”

Google secara rasmi mula menawarkan telefon pintar Siri Pixel 9 untuk pasaran tempatan menerusi pengedar sah termasuklah Urban Republic, Senheng dan SenQ, CelcomDigi, Maxis serta stor atas talian Shopee dan Lazada yang dijual dengan harga bermula RM3,999.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Pixel 9 Dan Pixel 9 Pro XL Dibuka Untuk Prapesan, Ini Senarai Harga
  • Ini Perbandingan Tawaran Prapesan Pixel 9 & Pixel 9 Pro XL Paling Berbaloi
  • Kelajuan 5G-Advanced Dicapai CelcomDigi, U Mobile Dan ZTE Didakwa Terpantas Di Dunia Pada Masa Ini
  • Ini Harga Rasmi Pixel Buds Pro 2 Dan Pixel Watch 3 Di Malaysia, Bermula RM1,099

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY