Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TOGG Adalah Model Pertama Kenderaan Elektrik Buatan Turki

TOGG Adalah Model Pertama Kenderaan Elektrik Buatan Turki

Diterbitkan Disember 31, 2019 oleh ariff bukhari

Sebanyak 5 model akan dihasilkan menjelang tahun 2030.

Negara Turki telah melancarkan prototaip model kenderaan elektrik pertama mereka yang dikenali sebagai TOGG atau juga dikenali sebagai Türkiye’nin Otomobili Girişim Grubu (Turkey’s Automobile Joint Venture Group).

Ia telah dilancarkan sendiri oleh Presiden negara itu, Reccep Tayyip Erdogan pada 27 Disember lalu. Model kenderaan elektrik buatan Turki itu hadir menerusi segmen kenderaan utiliti sukan (SUV).

“We don’t buy a license or permission from anyone, we determine all the technical features ourselves.” Tayyip Erdogan.

#TürkiyeninOtomobili'ni test ettik.

İnşallah 2022 yılında otomobilimizin seri üretime geçmesiyle birlikte on yıllar boyunca kurmuş olduğumuz hayallere kavuşmuş olacağız.#YeniliğeYolculuk pic.twitter.com/MPq3dX4EQQ

— Recep Tayyip Erdoğan (@RTErdogan) December 27, 2019

Pada pengenalan prototaip TOGG itu, Presiden Turki memaklumkan kepada umum bahawa lebih daripada 100 jurutera kelahiran mereka telah terlibat dalam pembangunan projek kereta elektrik tersebut.

SUV ini juga dijangka akan mula dipasarkan dalam tahun 2022 nanti dan Turki juga merancang untuk menghasilkan sebanyak 5 buah model menjelang tahun 2030.

Hasil daripada kejayaan pembangunan prototaip TOGG, Turki telah berjaya meraih pelaburan berjumlah 22 bilion lira (USD3.7 bilion) untuk tempoh 13 tahun dengan kapasiti pengeluaran tahunan mencecah 175,000 unit kereta elektrik.

Malah menerusi projek kereta elektrik itu juga, Turki dijangka akan mewujudkan peluang pekerjaan lebih daripada 4,000 orang kepada rakyatnya.

Sumber: TRTWorld

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
©2026 WISER.MY