TM Tidak Lagi Sediakan Set-Top-Box Kepada Pelanggan Baru Bermula Bulan Ini

Suatu ketika dahulu dikenali sebagai HyppTV, TM telah menjenamakan perkhidmatan TV mereka sebagai unifi TV.

Perkembangan mengenai perkhidmatan itu, TM tidak lagi menyertakan set-top-box (STB) untuk pelanggan baru seperti yang dikutip dari laporan Lowyat.net.

Berdasarkan informasi diruangan soal jawab, langkah itu diambil kerana pihak TM melihat tren pengguna yang lebih terarah menonton kandungan menggunakan peranti pintar mereka sendiri.



TM menyatakan walaupun STB tidak lagi ditawarkan, pengguna masih boleh menonton rancangan kegemaran menggunakan akses aplikasi unifi Play TV.

Set telefon tanpa wayar juga dikatakan sudah tiada dalam senarai penawaran kepada pengguna.

Sumber: Lowyat.net dan unifi FAQ

Kredit foto utama: karousell