Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Galaxy S10 Prism White

Skrin Paparan Samsung Galaxy S10 Dapat Gred A+ Dari DisplayMate

Diterbitkan Mac 5, 2019 · Dikemas kini Mac 5, 2019 oleh Helmi Samsuri

Boleh dikelaskan sebagai salah satu peranti terbaik yang dilancarkan setakat ini, Galaxy S10 sekali lagi mendapat perhatian apabila skrin paparan Dynamic AMOLED yang dipasang padanya diberi gred A+ oleh DisplayMate.

Galaxy S10 Prism White_Front

Ini merupakan pemarkahan tertinggi oleh DisplayMate dan setelah ujian serta analisis dijalankan keatas Galaxy S10, ia telah mencatat 13 rekod baru bagi Smartphone Display Performance (SDP).

DisplayMate juga menyatakan paparan peranti ini mempunyai ketepatan warna yang tinggi,  memberikan paparan hampir “sempurna”.

Mod kecerahan paling tinggi merekodkan 1,215 nits, 17% lebih tinggi berbanding S9.

Selain itu, dari segi prestasi, ia menyediakan sudut tontonan yang lebih baik, penambahbaikan dalam spektrum cahaya biru, kecekapan kuasa paparan yang efisien, dan peningkatan prestasi pada HDR yang menawarkan tontonan kandungan HDR dengan warna yang lebih mendalam dan lebih kontra berbanding HDR10.

Sumber: DisplayMate via GSMArena

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY