Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
LGE_8K OLED_01-

LG Lancarkan TV Dengan Skrin OLED 8K 88 Inci

Diterbitkan September 4, 2018 oleh Helmi Samsuri

Mengambil kesempatan pada acara IFA Berlin 2018 yang berlangsung ketika ini, LG telah memperkenalkan TV OLED dengan sokongan resolusi 8K pertama didunia.

LGE_8K OLED TV_00-

Hadir dengan saiz paparan berukuran 88 inci, TV ini menjanjikan paparan yang lebih jelas dengan nisbah kontra yang tiada tandingan serta warna hitam sebenar.LG TV Google Assistant Consumer 02

“LG 8K OLED TV adalah kemuncak pencapaian teknologi dan langkah evolusi seterusnya dalam teknologi paparan…” kata Brian Kwon, presiden LG Home Entertainment Company.

“4K OLED memainkan peranan penting dalam membina semula industri TV dan LG yakin bahawa 8K OLED akan melakukan perkara yang sama.”sambungnya lagi.

LG TV Google Assistant Consumer 01

Melengkapi TV tersebut adalah teknologi pembantu maya iaitu Google Assistant. Ciri ini akan menjadikan TV OLED 8K sebagai pusat kepada teknologi rumah pintar.

Ia boleh mengakses peranti rumah pintar lain seperti vacuum pintar, penapis udara,  lampu pintar serta sesuai digunakan pada lebih 5000 peranti pintar pelbagai jenama.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY