Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR Play 5

Honor Play 5 Dilancarkan, Hadir Dengan Pengecasan 66W

Diterbitkan Mei 19, 2021 oleh Helmi Samsuri

Kali terakhir siri HONOR Play diperkenalkan adalah pada Jun tahun lalu yang mana ia turut dilengkapkan dengan fungsi imbasan suhu melalui sensor inframerah.

Baca juga – HONOR Malaysia Perkenal Dua Peranti, Pra-Tempah Sudah Bermula Hari Ini

Kini mengemaskini siri tersebut, HONOR lewat malam tadi memperkenalkan pula HONOR Play 5 untuk pasaran China. Tawaran terbaharu itu tampil dikuasakan oleh cip MediaTek Dimensity 800U serta pengecasan pantas 66W.

HONOR Play 5.

Bermula dibahagian hadapan, panel OLED bersaiz 6.53 dipasang dengan tetapan resolusi FHD+. Ia juga dihuni kamera swafoto (selfie) 16MP pada rekaan takuk.

Panel belakang datang dengan tiga warna pilihan iaitu hitam serta dua lagi gradient (ungu dan hijau). Ia dilengkapkan dengan sistem empat kamera terdiri daripada 64MP, 8MP ultra lebar, 2MP depth, dan 2MP makro.

HONOR menyediakan storan 128GB dan 256GB dengan masing-masing akan berganding bersama RAM 8GB. Menguasakan peranti adalah bateri 3800mAh dan difahamkan bahawa ia boleh dicas penuh dalam tempoh 35 minit sahaja.

HONOR Play 5

Dari segi sistem operasi pula, HONOR Play 5 menjalankan Magic UI 4.0 berasaskan Android 10 tetapi tidak mempunyai aplikasi perkhidmatan Google. Ini tidak menjadi masalah kerana penawaran dibuat ini adalah untuk pasaran China.

Baca juga – Snapdragon 778G Diumumkan, Cip Snapdragon 780G “Baharu”

Harga jualan bermula dari ~RM1347 sehingga ~RM1475 mengikut kapasiti memori.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY