Unifi Tawar Pelan 300Mbps Pada Harga Promosi RM199, Promosi Dibuka Sehingga Akhir Bulan Jun

Unifi baru-baru ini telah mengemaskini penawaran bagi pakej jalur lebar fiber mereka dengan pelan unifi 300Mbps.

Dilancarkan pada 15 April lalu dan dalam tempoh sehingga 30 Jun 2019, ia ditawarkan pada harga promosi RM199 sebulan. Ia juga akan kekal pada harga tersebut walaupun telah tamat kontrak 24 bulan.

Jika pendaftaran baru dibuat melepasi tempoh promosi, yuran bulanan asal akan dikenakan iaitu RM259.



Pelan unifi 300Mbps tampil dengan kelajuan muat turun 300Mbps, muat naik 50Mbps dan 600 min masa berbual percuma untuk talian tetap dan mudah alih.

Disediakan dengan kuota tanpa had, ia juga didatangkan bersama set-Top Box dengan Ultimate Pack (semua saluran) serta akses unifi playTV.

Selain itu, pelanggan pelan ini akan menerima baucar VOD (Video On Demand) secara percuma yang akan digunakan untuk menebus 4 filem pada HyppFlicks Plus (saluran 431).

Promosi ini terbuka untuk langganan baru dan setiap pendaftaran tertakluk kepada kontrak 24 bulan.

Sumber: unifi (1,2)