TM Tawarkan Unifi Basic Untuk Semua, Tidak Lagi Terhad Kepada Golongan Berpendapatan RM4500 Kebawah

Naik taraf pakej internet TM telah diumumkan sejak Julai yang lalu. Melaluinya, tawaran pelan internet semakin menarik dengan kelajuan internet yang ditingkatkan disamping harga langganan yang lebih murah.

Salah satu pelan diperkenalkan adalah Unifi Basic yang pada awal hanya disasarkan kepada pengguna dari golongan isi rumah berpendapatan RM4500 dan kebawah.

Perkhabaran terbaru, Unifi Basic tidak lagi terhad kepada golongan tertentu dimana semua pengguna boleh menikmati tawaran tersebut.

Penawaran diseluruh negara dijadualkan bermula pada 1 September ini dan bagi yang berminat bolehlah mengunjungi TM Point dikawasan anda.

Unifi Basic merupakan pelan yang membawakan kelajuan internet 30Mbps tetapi terhad kepada kuota sebanyak 60GB. Ia boleh dilanggan serendah RM79 sebulan dan tidak didatangkan dengan telefon serta Unifi TV.