Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tm malaysia

TM Meraih 2 Kemenangan di Alpha Southeast Asia’s 10th Annual Institutional Investor Awards

Diterbitkan Ogos 8, 2020 oleh ariff bukhari

Telekom Malaysia Berhad (TM) baru-baru ini telah berjaya meraih 2 kemenangan di Alpha Southeast Asia’s 10th Annual Institutional Investor Awards.

TM telah dianugerahkan sebagai pemenang bagi kategori Pengurusan Kanan Sokongan Perhubungan Pelabur Terbaik dan Laporan Tahunan Terbaik.

Malah turut tersenarai sebagai tiga teratas dalam kategori Polisi Dividen Paling Konsisten dan Tanggungjawab Sosial Korporat yang Strategik.

TM dalam satu kenyataan media mereka menyatakan bahawa, kemenangan yang dicapai itu menjadi bukti kepada komitmen teguh TM dalam mengamalkan pengurusan kewangan yang kukuh dan juga tadbir urus korporat serta perhubungan pelabur yang baik.

TM memaklumkan mereka tetap fokus untuk mengukuhkan kedudukan kewangan mereka agar terus kekal dan terus mencipta nilai buat pemegang-pemegang saham walaupun TM berdepan cabaran tidak dijangka susulan pandemik global Covid-19.

Malah TM akan terus melangkah ke hadapan dan akan terus komited dengan peranan pembinaan negara sebagai pemacu aspirasi Digital Malaysia.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY