TM Jelaskan Situasi Tentang Menara Kuala Lumpur

Beberapa hari ini, kecoh tentang isu pemilikan Menara KL dengan pelbagai spekulasi dijelmakan di media sosial. Hari ini, Kumpulan Telekom Malaysia (TM Group) telah mengeluarkan kenyataan rasmi menjelaskan keadaan sebenar.

Menara KL ialah milik kerajaan Malaysia namun pengoperasian dan penyelenggaraannya diberikan secara konsesi, menurut TM.

Kapsyen: Menara Kuala Lumpur. Sumber: Faizal Ortho


TM melalui anak syarikatnya yang bernama Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. telah melaksanakan konsesi tersebut sejak 1996 lagi.

Namun, selepas pertimbangan yang sewajarnya mengenai perubahan sifat perniagaan Menara KL daripada perkhidmatan telekomunikasi kepada pelancongan dan hospitaliti, maka Kumpulan membuat keputusan pada Oktober 2021 untuk tidak mempebaharui konsesi.

{suggest}

Keputusan ini juga mengambil faktor transformasi perniagaan TM Group yang menumpukan terhadap telekomunikasi dan teknologi.

TM juga telah memaklumkan pada Kerajaan berkenaan keputusan itu.

Pada tahun ini, TM telah dimaklumkan tentang syarikat yang dilantik untuk mengambil alih saham Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. dan konsesi Menara KL.

Menurut kenyataan, kakitangan sedia ada akan kekal dengan Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. di bawah syarikat konsesi baharu pada tempoh minimum tempoh 3 tahun untuk memastikan menjaga kebajikan mereka ketika peralihan ini.

Sumber: TM

Gambar utama: Iurii Amin