Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Selepas 21 Tahun, Akhirnya TM Hentikan Tawaran Streamyx

TM Terus Catat Keuntungan, Lebih RM14 Juta Untung Bersih Dicapai Berbanding Suku Pertama Tahun Lalu

Diterbitkan Mei 26, 2022 oleh ariff bukhari

Telekom Malaysia Bhd (TM) dalam Mesyuarat Agung Tahunan kali ke–37 yang berlangsung pada 25 Mei 2022 memaklumkan bahawa mereka telah mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM339.85 juta bagi bagi suku pertama yang berakhir pada 31 Mac, 2022.

TM berkata, untung bersih itu melojak sebanyak RM14.38 juta berbanding rekod yang dicapai mereka sebelum ini di mana syarikat telekomunikasi itu mencatatkan keuntungan sebanyak RM325.47 juta bagi suku yang sama tahun 2021.

TM menyatakan, perkhidmatan unifi mereka terus mencatatkan prestasi pertumbuhan yang baik di mana langganan kumulatif servis internet mereka telah meningkat sebanyak 17.5%.

Selain itu ia turut dibantu oleh peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan suara dan jualan peranti.

TM juga memaklumkan bahawa mereka mensasarkan untuk terus mengembangkan lagi hasil operasi mereka dengan memperkukuhkan momentum perniagaan teras bagi meningkatkan keuntungan, sekaligus membolehkan mereka melabur untuk pertumbuhan masa depan.

Sumber: TM

Baca juga:

  • Pengguna Teksi Naik 40% Sebab Grab Semakin Mahal, Ini Aplikasi Alternatif
  • Kementerian Pengangkutan Temui Punca Tambang E-Hailing Meningkat
  • 5 Barang Mesti Beli Untuk Rider Foodpanda, GrabFood, dan Sewaktu Dengannya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY