TM Sasar 58% Liputan 'Fiber' Di Seluruh Sabah Menjelang 2025

Telekom Malaysia (TM) meletakkan matlamat untuk mencapai 58% liputan fiber di Sabah menjelang 2025 dengan sekurang-kurangnya 145,000 premis disambungkan dalam tempoh 3 tahun.

Waktu ini, sebanyak 282,000 premis di Negeri di Bawah Bayu sudah dihubungkan hasil fasiliti seperti kabel gentian optik sepanjang 32,000km seluruh negeri dan 59 tapak sambungan di sekolah-sekolah sebagai Point Of Presence (POP).

Untuk muat turun yang lebih pantas dan kadar pendaman (latency) yang lebih rendah, TM telah memasang nod pertukaran internet TM (TMiX) di Kota Kinabalu dan Penampang.

TMiX ini akan juga akan dipasang kelak di Inanam, Kinarut, Menggatal dan Putatan serta dijangka siap pada hujung tahun ini.

Selain itu, TM juga akan membolehkan lokalisasi kandungan, di mana pemain OTT boleh menempatkan
pelayan kandungan di Penampang, menempatkan nod Rangkaian Penghantaran Kandungan (CDN) dan melaksanakan Gerbang Antarabangsa (IGW) di daerah-daerah ini menjelang suku pertama 2023.

Telekom Malaysia kini mempunyai 600,000km kabel gentian optik di seluruh negara.

Gambar utama: Mika Baumeister
Sumber: Siaran Akhbar TM