TM: Untung Bersih Naik 73% Untuk Suku Kedua Berbanding Tahun Lalu

Telekom Malaysia (TM) merekodkan peningkatan keuntungan bersih sebanyak kira-kira 73% dalam suku kedua 2022 berbanding suku yang sama tahun lalu.

73% ini ialah kenaikan daripada RM218 juta (Apr-Jun 2021) ke RM378 juta (Apr-Jun 2022).

Daripada Januari hingga Jun 2022, TM sudah menjana untung bersih sebanyak RM717.91 juta, lebih tinggi daripada tempoh sama tahun lalu iaitu RM544.06 juta, melonjak sebanyak 32%.

Dari soal pendapatan (revenue) pula, ia naik sebanyak 7.34% dibanding untuk tempoh 6 bulan sama. Peningkatan angka ini disebabkan keuntungan operasi yang lebih tinggi dan kos kewangan bersih lebih rendah.

Antara penyumbang lonjakan untung dan pendapatan ini ialah daripada segmen unifi di mana hasilnya bertambah sebanyak 10.3% dalam suku semasa.

Selain itu, TM juga berkata ia menggunakan Cukai Makmur sebanyak 33% sewajarnya untuk suku semasa.

Bergerak ke hadapan, CEO kumpulan TM Imri Mokhtar berkata 5G akan menggerakkan daripada persaingan berasaskan rangkaian kepada berasaskan perkhidmatan selain memberi kedudukan yang sama buat para pemain dalam industri.

Justeru, mereka mengalu-alukan gesaan kerajaan menyertai DNB untuk perkhidmatan 5G di Malaysia.

Nilai pasaran syarikat kini menjumlahkan RM21.4 bilion.

Sumber: Telekom MalaysiaThe Edge Markets