Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Taman Tema Air Baharu, Splash Mania Akan Ada Gelongsor Dengan VR

Taman Tema Air Baharu, Splash Mania Akan Ada Gelongsor Dengan VR

Diterbitkan Januari 27, 2023 · Dikemas kini Januari 27, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Splash Mania ialah sebuah taman tema air baharu di Malaysia akan dibuka di Gamoda Cove, Kuala Langat pada 6 Februari 2023. Ia dibangunkan oleh Gamuda Land dengan kerjasama  Polin Waterparks dan ProSlide Technology.

splashmania gamuda

Taman tema ini mempunyai 24 gelongsor dan 15 tarikan lain keseluruhannya dalam kawasan sebesar 18 ekar ini. Yang menjadi keunikannya berbanding taman tema lain ia mempunyai gelongsor dengan penyertaan teknologi VR.

Kata Splash Mania, Atlantis VR memberikan pengalaman yang mengasyikkan selain daripada gelongsor air biasa. Pelanggan akan diberikan peranti VR dan menikmati perjalanan maya 250 meter melalui Lost City of Atlantis.

Taman Tema Air Baharu, Splash Mania Akan Ada Gelongsor Dengan VR

Namun, Atlantis VR tidak akan tersedia apabila pembukaan SplashMania ini pada 6 Februari kelak. Tidak dipastikan bilakah ia akan digunakan di sana.

Harga tiket (26 Januari – 31 Mac 2023)

  • RM63 untuk kanak-kanak bawah 120cm (percuma untuk bawah 90cm)
  • RM79 dewasa (atas 120cm)
  • RM63 warga emas (60 tahun dan ke atas)

Selain itu, sebuah lagi gelongsor iaitu Shaka Waka hadir dengan ciri multimedia dan audio sepanjang 78 meter. Ia dilengkapi dengan pelbagai kesan cahaya LED yang boleh disesuaikan oleh setiap individu.

Berkaitan

  • Taman Tema Upin & Ipin Dijangka Buka Pada 2025
  • Apple Pilih Bangunan Milik KWSP, S P Setia dan Sime Darby Sebagai Pejabat Baharu - Battersea Power Station
  • Kenali Apa Itu FUP Dan Kenapa Ia Disertakan Dalam Pelan Internet 'Unlimited'
  • Ini Kamera Yang Digunakan Setiap iPhone, Daripada 2G Hingga 14 Pro Max
  • Perbandingan Kad Prabayar Di Malaysia - BigPay, Wise, MAE, TNG Visa
  • 'Direct Message' TikTok Makin Maju, Mirip Ciri Yang Ada Dalam Instagram

Bermula 6 Februari, ia dibuka setiap hari kecuali Selasa, 10 pagi ke 6 petang.

Namun, akan tetap dibuka jika Selasa tersebut ialah hari cuti sekolah atau cuti umum.

May be an image of text that says 'SPLASH MANIA GAMUDA COVE Asia's Largest Rainfrest Rainforest-Themed Themed Water Park OPENING SOON IN 2023 T'

Pengurus Besar (Riadah & Hospitaliti) Gamuda Land, Sanjay Nadarajah, berkata pihaknya memastikan 70% daripada taman tema ini adalah kawasan hijau, mengambil kira persekitaran semula jadi di taman air dan tanah paya di sekitarnya.

download GL Play Mobile App

Dalam pada itu, aplikasi GL Pay juga diperkenal di mana pengguna turut boleh membayar menggunakannya di sana.

Sumber: SplashMania

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY