Difahamkan lagi, pelanggan TM yang melanggan perkhidmatan itu akan menjadi ahli Netflix dan bakal menikmati pelbagai kandungan platform itu tanpa had, termasuklah beberapa drama siri yang mendapat anugerah seperti...
- House of Cards,
- The Crown, dan juga
- Stranger Things.
Tidak banyak maklumat yang diperolehi dan TM menjelaskan syarikat akan memberi maklumat lanjut mengenai servis itu tidak lama lagi.
"Kerjasama terbaru kami dengan Netflix adalah bukti komitmen kami untuk menjadi juara agregator kandungan Malaysia di mana rakyat Malaysia akan mendapat akses mudah ke kandungan pemenang anugerah Netflix. Selain itu, dengan akses internet berkelajuan tinggi yang dikuasakan oleh UniFi ditambah dengan sambungan data tanpa had dari pembekal perkhidmatan mobiliti TM,Webe, pelanggan kami dapat memenuhi keinginan untuk menonton filem atau pertunjukan kegemaran mereka di Netflix melalui pelbagai peranti mereka, sama ada di rumah, ketika di luar, di mana sahaja dan bila-bila masa. Ini adalah selaras dengan aspirasi penumpuan TM dan visi kami untuk ;Menjadikan hidup dan perniagaan lebih mudah, untuk negara Malaysia yang lebih baik". ujar Naib Presiden Eksekutif, Jeremy Kung kepada pihak media.
Ramai masih tertanya-tanya tentang "akses mudah" yang diumumkan itu, adakah TM bakal perkenal pakej internet yang baru?
Sama-sama kita nantikan.
Baca juga - TM Hadir Dengan Pelan Baru Yang Menggabungkan Webe Dan UniFi
Sumber: Malaysian Wireless
Berkaitan
- OPPO A91 Ada Warna Baru, Unicorn White
- Odyssey | Gaming Laptop Pertama Dari Samsung
- Go Pro Dijangka Keluar Dengan Model Baru Bagi Menggantikan Hero 5 Session
- Cip Snapdragon 855 Kini Sudah Rasmi Diperkenalkan
- 26 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Samsung Galaxy S8 (Bahagian 2 - Akhir)
- AirDrop Pada iPhone 11 Bolehkan Pengguna Halakan Peranti Kepada Pengguna Lain Untuk Menghantar
- Vivo S1 Kini Rasmi - Paparan Super AMOLED Dengan Bateri 4500mAh
- Anda Peminat Sonic? Trailer Sonic The Hedgehog Kini Boleh Ditonton
- SKMM Sudah Keluarkan Kompaun Berjumlah RM 2.32 Juta Kepada Beberapa Telco
- Netflix Jejak Aktiviti Fizikal Pengguna, Ini Penjelasan Platform Penstriman Tersebut