TM Hadir Dengan Pelan Baru Yang Menggabungkan Webe Dan UniFi

Bagi anda yang merancang untuk melanggan internet UniFi, anda mungkin boleh mempertimbangkan satu pakej baru dari TM dikenali sebagai Mobility Pack.

Mobility Pack merupakan pakej gabungan antara perkhidmatan UniFi dan juga perkhidmatan mudah alih 4G LTE, Webe.

Terdapat 3 pelan berlainan yang ditawarkan dalam pakej terbaru ini, pelan-pelan tersebut adalah...

  • Pelan PRO - 100Mbps / RM378

  • Pelan ADVANCE - 30Mpbs/RM248

  • Pelan LITE - 10Mbps/RM178


Untuk perkhidmatan Webe pula, pelanggan akan menerima...

  • Data, panggilan dan SMS tanpa had

  • Percuma 10GB LTE Hotpsot Tethering

  • Liputan rangkaian LTE seluruh negara.




Bagi pengguna yang baru mendaftar anda turut bakal menerima akses iflix percuma sehingga Disember 2017. Pendaftaran hanya boleh dibuat di TM Point sahaja.

Pakej lama UniFi yang disertakan dengan servis HyppTV dijenamakan sebagai Entertainment Pack.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web TM

Sumber: TM