Tim Cook Berjaya Dapatkan Kepercayaan Bekas CEO Apple Untuk Perancangan Baru Beliau

Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Apple, Tim Cook dikatakan telah berjaya mendapat kepercayaan "orang-orang kuat" syarikat berkenaan bagi meneruskan visi beliau untuk menembusi pasaran peralatan kesihatan selepas ini.

Malah, bekas CEO Apple John Sculley berkata, kemasukan Apple ke pasaran itu dijangka akan "mengganggu" industri tersebut sebagaimana impak iPhone terhadap industri telefon pintar dunia.

Kapsyen: John Sculley(Business Insider)


Keyakinan itu telah disuarakan dalam satu temuramah bersama CNBC baru-baru ini. Menurut beliau, perkara ini berkemungkinan besar akan menjadi satu legasi besar yang ditinggalkan Cook di syarikat berkenaan.

John turut mengandaikan bahawa peranti boleh pakai bakal menjadi watak penting dalam usaha Tim Cook ini. Katanya lagi, peranti tersebut patut dinaiktaraf sebagai alat diagnosis diri, contohnya.

Beliau juga mengimbas kembali bagaimana iPhone telah menjadi punca kejatuhan syarikat besar seperti Nokia, Motorola dan Blackberry apabila dilancarkan dahulu.

Maka, berdasarkan sejarah itulah John Sculley begitu yakin dengan visi Tim Cook untuk menembusi pasaran peralatan kesihatan di masa akan datang.

 

Sumber: CNBC