Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iOS 11 Bakal Membenarkan Panggilan Video FaceTime Secara Berkumpulan

iOS 11 Bakal Membenarkan Panggilan Video FaceTime Secara Berkumpulan

Diterbitkan Januari 23, 2017 oleh Haikel Areff

Semenjak aplikasi panggilan video ini diperkenalkan pada tahun 2010 yang lepas, Facetime hanya membenarkan panggilan antara dua parti sahaja. Ianya mungkin akan berubah apabila terdapat laporan dari Israel mengatakan Apple bakal memperkenalkan panggilan video FaceTime secara berjemaah melalui sistem operasi iOS 11.

Versi terbaru sistem operasi iOS 11 tersebut mungkin akan diperkenalkan bersama pelancaran iPhone terbaru pada tahun ini. Berita tentang ciri terbaru dari iOS 11 ini dikhabarkan datang dari pihak Apple sendiri, dan mereka telah mengesahkan ianya sedang dibina di Israel.

Ciri panggilan FaceTime secara berkumpulan ini akan menyokong sebanyak 5 orang di dalam satu panggilan. Fungsi ini juga bakal disambungkan bersama aplikasi iMessage, bermakna pengguna boleh menjemput rakan melalui iMessage dan akan disambungkan terus ke aplikasi FaceTime bersama rakan-rakan yang lain.

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY