Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tim Cook Berjaya Dapatkan Kepercayaan Bekas CEO Apple Untuk Perancangan Baru Beliau

Tim Cook Berjaya Dapatkan Kepercayaan Bekas CEO Apple Untuk Perancangan Baru Beliau

Diterbitkan Januari 11, 2019 oleh Haikel Areff

Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Apple, Tim Cook dikatakan telah berjaya mendapat kepercayaan “orang-orang kuat” syarikat berkenaan bagi meneruskan visi beliau untuk menembusi pasaran peralatan kesihatan selepas ini.

Malah, bekas CEO Apple John Sculley berkata, kemasukan Apple ke pasaran itu dijangka akan “mengganggu” industri tersebut sebagaimana impak iPhone terhadap industri telefon pintar dunia.

Tim Cook Berjaya Dapatkan Kepercayaan Bekas CEO Apple Untuk Perancangan Baru Beliau
John Sculley(Business Insider)

Keyakinan itu telah disuarakan dalam satu temuramah bersama CNBC baru-baru ini. Menurut beliau, perkara ini berkemungkinan besar akan menjadi satu legasi besar yang ditinggalkan Cook di syarikat berkenaan.

John turut mengandaikan bahawa peranti boleh pakai bakal menjadi watak penting dalam usaha Tim Cook ini. Katanya lagi, peranti tersebut patut dinaiktaraf sebagai alat diagnosis diri, contohnya.

Beliau juga mengimbas kembali bagaimana iPhone telah menjadi punca kejatuhan syarikat besar seperti Nokia, Motorola dan Blackberry apabila dilancarkan dahulu.

Maka, berdasarkan sejarah itulah John Sculley begitu yakin dengan visi Tim Cook untuk menembusi pasaran peralatan kesihatan di masa akan datang.

 

Sumber: CNBC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY