Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
aplikasi TikTok Shop_

TikTok Shop Kini Ada Aplikasi Berasingan – Mula Ditawarkan Di Malaysia

Diterbitkan November 6, 2026 · Dikemas kini November 6, 2026 oleh Amalina Athman

TikTok dilihat mula menyenaraikan aplikasi berasingan (standalone) TikTok Shop di Apple App Store dan Google Play Store bagi pengguna di Malaysia, Thailand, Singapura dan Filipina.

Aplikasi berasingan ini mempunyai empat tab utama, iaitu Home, Explore, Inbox dan Profile. Pengguna juga boleh log masuk menggunakan akaun TikTok sedia ada atau melalui kaedah log masuk lain.

Dari segi fungsi, aplikasi ini menawarkan pengalaman membeli-belah yang hampir sama seperti TikTok Shop dalam aplikasi utama TikTok. Pengguna boleh meneroka produk melalui cadangan yang diperibadikan berdasarkan minat masing-masing, selain menonton siaran LIVE dan video pendek untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk.

TikTok Shop apps_03

Pendekatan ini mungkin membolehkan TikTok memberikan tumpuan lebih khusus kepada aktiviti e-dagang, tanpa perlu menggabungkan pengalaman membeli-belah dengan kandungan sosial dan hiburan dalam aplikasi utamanya.

Namun begitu, memandangkan TikTok belum mengumumkan aplikasi ini secara rasmi, masih belum jelas tujuan ia ditawarkan secara berasingan atau sejauh mana fungsinya berbeza daripada TikTok Shop dalam aplikasi utama.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • TikTok Shop Kenakan SST 6% Pada Caj Penghantaran Penjual Mulai September
  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • OpenAI Perkenal GPT-6 Cyber, Diklasifikasikan Pada Tahap 'Kritikal' Dalam Keselamatan Siber
  • Pusat Data Terbaru Microsoft Di JB Dilengkapi Sistem Pendingin Cekap Guna Air
  • DJI Perkenal Stesen Kuasa 2kWh Paling Kompak Di Malaysia Berharga RM6,509
  • Epson Lancar Cobot, Robot Kolaboratif AX6 Untuk 'Cleanroom' Di Asia Tenggara
  • 4 Tetapan 'Advanced Privacy' WhatsApp Yang Anda Perlu Aktifkan
  • Sony Bawa Kembali Reka Bentuk Ikonik Fon Kepala Walkman 1979 - Kini Dengan USB-C, Harga Dari RM259
  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
©2026 WISER.MY