Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
dnb digital nasional berhad

PM Arah Perjanjian 5G Di Malaysia Dinilai Semula Atas Faktor Ketelusan

Diterbitkan Disember 5, 2022 ยท Dikemas kini Disember 5, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim hari ini berkata kerajaan akan meneliti semula kontrak berkenaan pelaksanaan 5G di Malaysia kerana ia tidak dilakukan dengan telus.

Ia dipercayai merujuk pada kontrak bernilai RM11 bilion dianugerahkan oleh Digital Nasional Berhad kepada syarikat Sweden iaitu Ericsson.

Menjawab soalan wartawan, Anwar berkata beliau telah mengarahkan agar perjanjian itu disemak semula kerana ia tidak dilakukan secara telus dan tanpa proses pemberian tender sepatutnya.

Beberapa bulan sebelum ini, Anwar Ibrahim yang ketika itu memegang jawatan ahli parlimen Port Dickson juga pernah mempersoal ketelusan pemerolehan tender.

Berkaitan

  • U Mobile Tawar Data 5G Dan Kelajuan Tanpa Had Di Hujung Minggu Untuk Pelan Pra Bayar
  • Ini Senarai 127 Model Telefon Pintar Yang Sudah Tersedia Sokong 5G Malaysia
  • DNB: 386Mbps, Ini Purata Kelajuan 5G Di Malaysia Sekarang
  • Pelanggan Unifi Mobile Bakal Nikmati Data 5G Percuma Tanpa Had Dan Berpeluang Terima Rebat RM50
  • Maxis Didapati Sudah Mula Uji 5G
  • 5G: Menteri Komunikasi Digital Sedia Jumpa DNB

Anwar juga dalam Dewan Rakyat beberapa bulan dulu berkata “Saya tidak menentang nak pilih Huawei atau Ericsson, tapi biar ada satu proses yang telus dalam hal ini” sewaktu meminta jawapan daripada Timbalan Menteri Kewangan II.

DNB ditubuhkan sewaktu Tan Sri Muhyiddin Yassin memegang jawatan sebagai PM. Menurut Reuters, wakil beliau tidak memberi komen setakat artikel ditulis.

Dalam pada itu, PM juga berkata kerajaan akan mengkaji dan menambah baik Bajet 2023 yang telah dibentang oleh bekas Menteri Kewangan Tengku Zafrul tempoh hari.

Fahmi Fadzil juga memaklumkan beliau sedia berjumpa dengan pihak DNB berkenaan isu spektrum 5G dan yang berkaitan. Klik SINI untuk baca berita penuh.

Sumber: FMT

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S โ€” Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY