Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
EA Rancang Mahu Menjenamakan Semula Permainan FIFA

‘Game’ Baru, Nama Sama, FIFA Juga Akan Terbitkan Permainan Saingi EA Sports FC

Diterbitkan Mei 12, 2022 · Dikemas kini Mei 12, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

EA sudah mengumumkan FIFA 23 akan menjadi permainan terakhir kerjasama mereka dengan FIFA. EA Sports FC akan menjadi nama baharu permainan tersebut namun kandungannya seperti pemain, pasukan dan liga akan terus dikekalkan.

Ekoran itu, FIFA juga dalam kenyataan mereka mengesahkan mereka akan juga mengeluarkan permainan seumpamanya dengan meneruskan nama sama seperti FIFA 24, FIFA 25 dan seterusnya.

Mereka akan kini dalam perbincangan dengan studio, media dan penerbit dalam membangunkan permainan video bola sepak baharu ini menjelang acara FIFA World Cup Qatar 2022 dan FIFA Women’s World Cup Australia & New Zealand 2023.

Presiden FIFA, Gianni Infantino juga seolah-olah memerli EA dengan mengatakan “Hanya permainan sebenar dan asli dengan nama FIFA sahaja akan menjadi yang terbaik untuk peminat dan pemain.”

Walaupun kita masih belum mendapat bayangan langsung mengenai permainan daripada FIFA ini namun presidennya begitu yakin penjenamaan FIFA akan mendapat tempat di hati pengguna.

“Nama FIFA adalah satu-satunya gelaran asal. FIFA 23, FIFA 24, FIFA 25 dan FIFA 26 dan seterusnya – nama tetap adalah nama FIFA dan ia akan kekal selama-lamanya dan kekal terbaik,” tegas Gianni Infantino.

Ini bermakna pemain tidak lagi boleh menyebut “FIFA” apabila merujuk pada EA Sports FC kelak untuk mengajak rakan-rakan berseronok kerana nama tersebut kini merujuk produk berbeza.

Baca juga:

  • SenQ Jawab Isu Lelaki Mengamuk Dakwa Dapat Telefon HONOR ‘Second Hand’
  • Riot Menyaman Mobile Legends Atas Tuduhan Meniru ‘Game’ Mereka
  • Pesaing FIFA? Ini Rupa ‘Game’ Bola Sepak Percuma UFL

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY