Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ea sports fc.jpg

Selamat Tinggal FIFA, ‘Game’ Bola Sepak Popular Rasmi Tukar Nama

Diterbitkan Mei 11, 2022 · Dikemas kini Mei 11, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Kami pernah melaporkan sebelum ini ura-ura penukaran nama permainan terkenal, FIFA kepada EA Sports FC.

Semalam, pihak EA Sports di laman sesawang mereka sudah mengesahkan permainan tersebut akan menggunakan nama EA Sports FC selepas FIFA23.

FIFA ialah singkatan kepada nama penuhnya iaitu Fédération Internationale de Football Association. Dengan ini, FIFA23 akan menjadi edisi terakhir dengan nama badan bola sepak tersebut.

Pengumuman terperinci berkenaan EA Sports FC ini akan dilangsungkan pada Julai nanti.

Usah risau, hanya nama game ini  sahaja berubah. Pihak EA mengatakan semua mod, liga, pertandingan, kelab dan atlet dalam FIFA akan kekal. Bahkan, inovasi dan pembaharuan akan terus diperkenalkan dalam EA Sports FC kelak.

Ini bermaksud mod seperti Ultimate Team, Career Mode, Pro Clubs dan VOLTA Football, kelab serta atlet kegemaran seperti Chelsea FC, FC Barcelona, Bayern Munich dan sebagainya masih terus dapat dinikmati di bawah nama baharu kelak.

Baca juga:

  • ‘Game’ FIFA Terakhir, FIFA 23 Mungkin Sokong ‘Cross-Play’ Antara PS, Xbox Dan PC
  • Pesaing FIFA? Ini Rupa ‘Game’ Bola Sepak Percuma UFL
  • EA Rancang Mahu Menjenamakan Semula Permainan FIFA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY