Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
FIFA 23

Era EA Bersama FIFA Berakhir, Ini FIFA 23 – Ada World Cup Qatar, Rentas Platform, HyperMotion2

Diterbitkan Julai 21, 2022 oleh Amsyar Latif

Sekiranya ada yang terlupa, EA mengesahkan bahawa mereka akan menggunakan jenama baharu – EA Sports FC bermula tahun hadapan. Bermakna, FIFA 23 adalah yang terakhir nama francais ini digunakan.

Kini, EA secara rasmi berkongsikan treler permainan bola sepak popular mereka – FIFA 23 kepada umum. Menerusi FIFA 23, boleh dikatakan banyak penambahbaikan yang dilakukan EA kepadanya.

Setelah sekian lama pasukan kebangsaan bola sepak wanita masuk dalam permainan FIFA, game terbaharu ini menawarkan liga kelab bola sepak wanita pula melalui Barclays FA Women’s Super League dan Division 1 Arkema. Bahkan, teknologi HyperMotion2 turut digunakan pada pasukan wanita.

Era EA Bersama FIFA Berakhir, Ini FIFA 23 – Ada World Cup Qatar, Rentas Platform, HyperMotion2

Bercakap tentang HyperMotion2, EA menyatakan bahawa generasi terbaru teknologi tersebut adalah dua kali ganda jauh lebih baik di mana lebih 6000 animasi realistik pemain bola sepak diterapkan.

Era EA Bersama FIFA Berakhir, Ini FIFA 23 – Ada World Cup Qatar, Rentas Platform, HyperMotion2

Terdahulu, ada laporan mendakwa FIFA 23 bakal menerima sokongan rentas platform (cross-platform) antara konsol. Kini, secara rasminya sokongan tersebut ditawarkan dalam FIFA 23.

Era EA Bersama FIFA Berakhir, Ini FIFA 23 – Ada World Cup Qatar, Rentas Platform, HyperMotion2

Namun, rentas platform ini mempunyai “syarat” tersendiri. Contohnya, pemain PS4 hanya boleh bermain dengan pemain Xbox One. Sementara, PS5, Xbox Series S|X, Stadia dan PC boleh menikmati perlawanan bola sepak bersama-sama.

Tambahan lagi, mod popular FIFA Ultimate Team (FUT) turut menerima pembaharuan termasuk mod career, pro clubs dan juga Volta.

Akhir sekali, menjelang kejohanan terbesar Piala Dunia FIFA, EA akan menyertakan mod kejohanan World Cup Qatar 2022 dalam kemas kini akan datang. Malah, FIFA Women’s World Cup Australia dan New Zealand 2023 juga ditawarkan kelak.

Bagi yang ternanti-nanti untuk mendapatkan game FIFA “terakhir” ini, ia akan dilancarkan secara rasmi pada 30 September depan untuk konsol PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series S|X, PC dan Stadia.

Sumber: EA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY