Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
“Tidak Perlu Cross-Play Kerana PlayStation Adalah Yang Terbaik” – CEO SONY

“Tidak Perlu Cross-Play Kerana PlayStation Adalah Yang Terbaik” – CEO SONY

Diterbitkan September 1, 2018 oleh Haikel Areff

Sony nampaknya masih berdegil apabila kekal dengan pendirian mereka untuk tidak menyokong fungsi permainan cross-play secara menyeluruh bagi konsol PlayStation mereka. Pendirian itu ditegaskan sekali lagi pada acara IFA yang sedang berlangsung di Berlin ketika ini.

Cross-play adalah satu fungsi khas di mana ia membenarkan pemain sebuah konsol permainan bermain dalam permainan video yang sama dengan pemain yang menggunakan konsol berbeza. Sony sebelum ini hanya membenarkan fungsi berkenaan dijalankan bersama dengan PC sahaja.

“Tidak Perlu Cross-Play Kerana PlayStation Adalah Yang Terbaik” – CEO SONY

Tiada cross-play yang dibenarkan pada konsol lain seperti Xbox One dan Nintendo Switch. CEO-nya, Kenichiro Yoshida telah menegaskan bahawa mereka tidak perlukan fungsi tersebut kerana PlayStation adalah ‘tempat’ terbaik untuk bermain.

Ia mungkin akan mengecewakan para pemain kerana mereka tidak akan dapat bermain bersama dengan rakan-rakan yang menggunakan konsol selain daripada PlayStation. Diharapkan Sony akan mempertimbangkan semula keputusan ini, atau mungkin boleh diketengahkan bagi konsol PlayStation 5 nanti.

 

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cisco Dan OpenAI Lancar Shirudo, Ejen AI Tangani Kelemahan Perisian Sebelum Tampalan Siap
  • MCMC Saman Google RM300 Juta, Dakwa Gagal Turunkan Kandungan Papagomo Di YouTube
  • Tidal Haramkan Muzik Dijana AI Sepenuhnya Mulai 9 Disember
  • Harga TV LCD 65 Inci Dijangka Menjadi Lebih Mahal - Omdia
  • Persatuan Pengguna Jerman Saman Ray-Ban Dan Meta Gara-Gara Cermin Mata AI
  • Pasport Kini Boleh Diperbaharui Melalui Aplikasi MyGOV Malaysia
  • PETRONAS Bakal Bawa LNG Terapung Berhampiran Pantai Pertama Dunia Ke Sipitang, Sabah
  • Dua Syarikat Malaysia Disenarai AS, MITI Nasihat Pengendali Pusat Data Elak 7 Entiti
©2026 WISER.MY