Tidak Mahu e-Mel Dibaca Selain Daripada Penerima? Tetapkan Tamat Tempoh Dengan Confidential Mode Dari Gmail

Pengenalan tentang ciri Confidential Mode telah dibuat untuk platform komputer sejak dari bulan Mei yang lalu. Terkini, ciri berkenaan sudah mula ditawarkan kepada pengguna Android.

Melalui ciri itu, ketika ingin menghantar e-mel anda boleh menetapkan tarikh tamat tempoh e-mel dan juga kod laluan. Apabila melepasi tempoh yang ditetapkan, e-mel akan dihapuskan secara automatik.

Jika dihantar kepada penerima yang tidak menggunakan Gmail, mereka memerlukan kod laluan khas untuk membuka e-mel terbabit. Kod laluan akan diberikan oleh Google melalui e-mel ataupun dengan SMS.

Cara untuk mengaktifkannya adalah sangat mudah. Ikuti gambar dibawah.

  • Tekan butang untuk e-mel baru, pilih tiga titik bertindih dipenjuru atas kanan.




 

  • Pilih Confidential Mode




 

  • Tetingkap baru akan keluar, tetapkan tempoh seperti 1 hari, 1 minggu, 1 bulan, 3 bulan atau 5 tahun.

  • Bagi penghantaran e-mel selain dari Gmail, penerima memerlukan kod laluan yang diberikan secara automatik oleh Google, e-mel atau SMS.




Mungkin ada dokumen penting yang ingin dikongsikan dengan rakan, anda boleh gunakan mod ini. Buat masa sekarang, ia masih belum menemui pengguna iOS, tetapi dijangkakan dalam masa terdekat.

Sumber: Gmail