Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Camera Go

Google Perkenal Camera Go Untuk Barisan Peranti Android Go

Diterbitkan Mac 20, 2020 oleh Helmi Samsuri

Android Go pertama kali diumumkan Mei 2017 dan sehingga kini ia telah menguasakan sejumlah peranti daripada beberapa jenama.

Menyasarkan peranti dengan spesifikasi rendah, aplikasi-aplikasi yang ditawarkan juga lebih ‘ringan’ berbanding yang lain. Sebelum ini kita sudah ada Gmail Go, YouTube Go, Maps Go dan beberapa yang lain. Bagi menyelesaikan masalah rakaman pada peranti bajet, aplikasi Camera Go telah diperkenalkan oleh Google.

Aplikasi Camera Go hadir dengan antaramuka yang ringkas dan menjanjikan prestasi terbaik untuk rakaman pada peranti berspesifikasi rendah.

Selain itu, ia turut menawarkan mod Potret serta mampu mengesan baki ruang simpanan yang tersedia untuk mengambil gambar dan video.

Google menyatakan aplikasi ini akan ditawarkan kepada lebih banyak lagi peranti Android Go tidak lama lagi dan model pertama yang akan dilengkapinya adalah Nokia 1.3

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY