Log Masuk Ke Perkhidmatan Google Dipermudahkan Dengan Imbasan Cap Jari

Situasi rumit untuk memasukkan kata laluan pada beberapa perkhidmatan Google akan berakhir tidak lama lagi dengan pengenalan ciri log masuk akaun menerusi imbasan cap jari.

Ciri tersebut sudah mula ditawarkan pada peranti Pixel hari ini dan akan diluaskan lagi penawarannya kepada peranti yang menjalankan sistem operasi Android 7 dan keatas pada hari-hari mendatang.



Melalui ciri ini, pengguna tidak lagi dibebankan dengan keperluan memasukkan teks kata laluan dimana ia menggunakan ciri pengesahan yang ada pada peranti seperti imbasan cap jari, PIN, corak dan lain-lain.

Dibangun berasaskan sistem FIDO2 danWEBAuthn, fungsi ini akan digunakan pada beberapa perkhidmatan dari Google seperti servis passwords.google.com, servis Chrome yang menyimpan kata laluan anda. Apabila senarai kata laluan ditekan, Google akan memaparkan fungsi log masuk dengan ciri pengesahan terbaru ini.

Sumber: Google