Dalam keghairahan peminat menantikan pemasaran peranti boleh lipat dari Samsung, ia seakan-akan terbantut dimana Samsung menunda tarikh pemasaran Galaxy Fold ekoran dari masalah paparan yang dihadapi.
Ini sedikit sebanyak membangkitkan persoalan dan ada pengguna yang mula mempertikai rekaan sedemikian. Namun itu bukanlah penghalang bagi Google dimana, syarikat teknologi itu dikatakan sedang dalam usaha membangun protaip serta mempatenkan teknologi peranti boleh lipat.
Google berpandangan ia masih terlalu awal lagi dan kita perlu menjangkakan ia tidak akan dilancarkan dalam masa terdekat. Dari sebelah pengguna pula, pastinya berharap peranti itu benar-benar bersedia untuk dipasarkan dan tidak timbul masalah disaat-saat akhir sepertimana yang terjadi pada Samsung Galaxy Fold.
Satu lagi nama besar dalam pasaran, Huawei diramal memasarkan peranti boleh lipat mereka, Huawei Mate X sekitar bulan Jun hadapan.
Sumber: Cnet