Kemaskini Google Docs Yang Terbaru Mempertingkat Fungsi Edit Dan Carian

Google Docs merupakan aplikasi percuma berasaskan web yang memudahkan anda membuat spreadsheet, edit dan simpan ia secara dalam talian.

Untuk menjadikan aplikasi itu lebih baik lagi, Google semalam mengumumkan kemaskini baru untuk Docs yang mana ia bakal memudahkan anda dalam melakukan tugasan secara berkumpulan.

Kemaskini besar yang diumumkan itu menampilkan ciri edit yang dinaik taraf, sebagai contoh penamaan semula bahagian "Revision Story" kepada "Version History". Sebelum ini anda boleh mengesan perubahan dokumen yang dilakukan oleh ahli kumpulan pada bahagian tersebut.

Melalui penambahan baru  berkenaan, anda berupaya untuk memberikan nama tersuai kepada versi dokumen, lembaran, atau slide. Dengan cara itu, anda boleh menyimpan perkara-perkara penting dengan mengekalkan log kemajuan kumpulan anda. Ia juga boleh digunakan untuk menunjukkan bahawa dokumen itu sebenarnya muktamad.

Suntingan mudah alih melalui telefon pintar dan tabloid turut boleh dilakukan dengan cara menekan klik menu tiga titik dibahagian kanan bawah, aktifkan toggle "Mencadangkan Perubahan", dan masukkan data baru dalam "Mod Cadangan".

Terakhir sekali adalah kebolehan membuat carian fail berdasarkan perkataan yang spesifik secara lebih tepat. Sekarang, pengguna Docs boleh menggunakan tab "meneroka" terbina di dalam untuk mengimbas fail lain tanpa meninggalkan kedua-dua program.

Sumber: Engadget