https://twitter.com/IndiaPOCO/status/1077110736747462656?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1077110736747462656&ref_url=https%3A%2F%2Fwiser.my%2Fpocophone-f2-mungkin-dilancarkan-secara-mengejut-hari-ini%2F
Berita ini menimbulkan rasa teruja bukan sahaja kepada pembaca, malah kepada pihak kami sendiri. Malangnya, ia hanyalah sebuah harapan palsu apabila #NewPOCO yang dimaksudkan hanya edisi Armoured Edition di India sahaja.
Perkara itu telah disahkan melalui satu kicauan oleh pihak POCO India sendiri. Ia merupakan penambahan baru kepada Armoured Edition 8GB RAM + 256GB yang sedia ditawarkan di pasaran India sebelum ini.
https://twitter.com/IndiaPOCO/status/1077436274342912001
Perkembangan ini jelas mengecewakan ramai terutamanya peminat Pocophone sendiri. Pocophone F1 sebelum ini telah menjadi fenomena dalam industri telefon pintar apabila menawarkan Snapdragon 845, memori besar pada 6GB/8GB RAM serta sistem penyejukan cecair pada harga sangat mampu milik.
Apa yang jelas, pihak Xiaomi atau Pocophone boleh menjangkakan sambutan hangat sekiranya mereka benar-benar melancarkan model kedua Pocophone kelak. Yang pasti, mereka perlu kekal menawarkan harga terbaik untuk terus diterima oleh peminat.
Sumber: POCO India
Berkaitan
- Manifesto Xiaomi Tertunai Dengan Pelancaran Poco F1, Peranti Snapdragon 845 Termurah Masa Kini
- Pocophone F2 Mungkin Dilancarkan Secara Mengejut Hari Ini
- OPPO F11 Pro Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 19 Mac Depan
- Pocophone F1 128GB Kini Ditawarkan Dengan Harga Yang Lebih Murah
- OPPO F11 Pro Edisi Terhad Avengers Bakal Hadir Dengan 6GB RAM, 128GB Simpanan Dalaman
- Poco F1 Akan Mula Dijual Di Malaysia Seawal Minggu Hadapan
- MultiROM Kini Tersedia Buat Peranti Pocophone F1, Benarkan Pengguna Menggunakan "Dual Booting"
- Kebolehan Pocophone F1 Diuji Pada Acara Pocophone Game Night
- Pocophone F1 Armoured Edition Akan Mula Dijual Di Malaysia 27 September Ini
- Pocophone F1 Lite Tersenarai Di Laman Geekbench, Hadir Dengan Snapdragon 660 & 4GB RAM