Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Twitter Rugi RM 12.45 Billion Selepas Padam 70 Juta Akaun Palsu

Tiada Lagi Sokongan Aplikasi Twitter Bagi iOS 9 Dan Sebelumnya

Diterbitkan Ogos 24, 2018 ยท Dikemas kini Ogos 24, 2018 oleh Haikel Areff

Twitter telah mengumumkan bahawa aplikasi Twitter iOS mereka tidak lagi menyokong peranti Apple yang menggunakan iOS 9 dan sebelumnya. Ia dibuat melalui kemaskini terbaru mereka bagi sistem operasi berkenaan yang dilancarkan di App Store baru-baru ini.

Ini bermakna, pengguna yang menggunakan sistem iOS 10 dan ke atas sahaja yang akan dapat menikmati kemaskini Twitter terbaru ini. Keputusan ini dilihat relevan oleh kebanyakan pihak kerana iOS 10 telah dilancarkan kira-kira dua tahun yang lalu dan kebanyakan pengguna peranti Apple sudah menggunakannya hari ini.Twitter Menjual Data Akses Mereka Kepada Cambridge Analytica

Tambahan pula, menurut data yang dikemukakan oleh pihak Apple, hanya lebih kurang 5% sahaja pengguna yang masih menggunakan iOS 9 dan ke bawah hari ini. Maka, Twitter telah menilai jumlah tersebut sebagai ‘kerugian yang boleh diterima’.

Untuk rekod, Twitter hari ini mempunyai kira-kira 335 juta pengguna bulanan yang mana kebanyakannya menggunakan platform mudah alih iOS dan Android.

Buat masa ini, pengguna iOS 9 dinasihatkan agar menaik-taraf peranti anda ke sistem operasi yang lebih terkini agar dapat menikmati fungsi dan ciri baru yang terdapat pada kemaskini Twitter.

 

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY