Timbalan Menteri berkenaan Eddin Syazlee Shith berkata tempoh hak eksklusif dan keistimewaan yang diberi kepada Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd (Astro) untuk menyiarkan kandungan kepada orang awam melalui perkhidmatan satelit telah berakhir pada 28 Feb 2017.
Bagaimanapun, katanya, Astro masih berhak meneruskan aktiviti penyiaran satelit ini atas dasar bukan eksklusif kerana lesen-lesen yang dimiliki Astro di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sah sehingga 1 Feb 2020 bagi Lesen Individu Pemberi Kemudahan Rangkaian dan Pemberi Perkhidmatan Rangkaian.
Lesen Individu Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan (CASP) pula tamat pada 28 Feb 2022.
Menurut Eddin Syazlee, sehingga 30 Sept lalu, sebanyak 35 syarikat diberi lesen CASP oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk menawarkan perkhidmatan penyiaran TV melalui pelbagai platform seperti satelit, penyiaran bebas ke udara, protokol Internet dan penyiaran televisyen ‘Digital Terrestrial Television Broadcasting'.
"Daripada senarai tersebut, empat syarikat telah dibenarkan memberi perkhidmatan penyiaran televisyen melalui platform satelit selain daripada Astro iaitu Ansa Broadcast Sdn Bhd, Jaringan Mega Sdn Bhd, Smart Digital International (M) Sdn Bhd dan High End Net Sdn Bhd.
"Dengan adanya penawaran pelbagai platform ini, rakyat akan mempunyai pelbagai pilihan untuk menikmati kandungan sama ada melalui penyiaran percuma dan tanpa langganan atau melalui penyiaran berbayar," katanya menjawab soalan Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Selain itu, Eddin Syazlee berkata rakyat juga mempunyai pilihan untuk menikmati kandungan penyiaran melalui plaftform ‘Over-the-Top’ seperti aplikasi Tonton, iFlix dan NetFlix.
-- BERNAMA
Berkaitan
- Saluran Filem Astro Ditawarkan Percuma Bermula Esok
- Anda Peminat Sonic? Trailer Sonic The Hedgehog Kini Boleh Ditonton
- Tonton Perlawanan EPL Pada Harga Bermula RM7.90 Di Sooka
- Penumpang Grab Boleh Pilih Antara 10 Stesen Radio Astro Ketika Menggunakan Perkhidmatan Itu
- Vivo Malaysia Pertontonkan Apex, Telefon Pintar Konsep Tanpa Sebarang Butang Fizikal Dan Lubang Pengecasan
- Data Pelanggan Astro Dilaporkan Telah Diakses Tanpa Izin
- Astro Bakal Hadapi Saingan Daripada Pengendali Televisyen Bersatelit Baru
- Huawei Dan Astro Kerjasama Tawar Pakej Video Merdeka Bundle
- SanDisk Pertontonkan Pemacu USB-C Berkapasiti 1TB
- JomStudi - Hab Pembelajaran Digital Kerjasama Antara Astro, Digi Dan Media Prima