Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Perbezaan Antara Bateri Graphene Dan Lithium-Ion

Tiada Bukti Menunjukkan Telefon Pintar Sebagai Penyebab Barah

Diterbitkan Februari 16, 2020 oleh ariff bukhari

Setakat kajian yang dilakukan FDA antara 2008 hingga Ogos 2019.

Pihak Food And Drug Administration (FDA) Amerika Syarikat menyatakan bahawa sehingga kini, tiada bukti konsisten yang menunjukkan radiasi frekuensi radio (RFR) mempunyai kaitan dengan penyebab barah.

Ia dinyatakan dalam laporan FDA yang bertajuk Review of Published Literature between 2008 and 2018 of Relevance to Radiofrequency Radiation and Cancer yang diterbitkan dalam awal bulan ini.

Kesimpulan FDA itu adalah berdasarkan kepada 125 eksperimen yang dilakukan mereka ke atas haiwan dan 75 eksperimen ke atas manusia antara tahun 2008 hinga Ogos 2019 lalu.

Walaubagaimanapun pihak FDA menyatakan, masalah utama uji kaji ke atas haiwan adalah haiwan tidak mimik penggunaan telefon pintar sepertimana manusia menggunakannya.

Pendedahan tahap radiasi yang dikenakan ke atas haiwan juga adalah lebih tinggi dalam uji kaji makmal berbanding radiasi yang biasa diterima manusia ketika menggunakan telefon pintar.

Malah terdapat juga kecacatan terhadap kajian ke atas manusia kerana mereka hanya bergantung kepada soalan-soalan dan data daripada pemerhatian sahaja.

Pihak Federal Communications Commission (FCC) sebelum ini mengulang pendirian mereka bahawa frekuensi rangkaian 5G adalah selamat kepada manusia.

FCC mendakwa, manusia mampu menerima pendedahan radiasi antara 300kilohertz hingga 100gigahertz. Frekuensi 5G pula setakat ini menghasilkan radiasi antara 25.250GHz dan kurang dari 100GHz.

Pihak SKMM juga menegaskan bahawa teknologi frekuensi radio dalam rangkaian 5G adalah selamat kepada semua termasuk kanak-kanak.

Tetapi sungguhpun begitu, FDA berkata kajian kesan frekuensi radio perlu terus dilakukan bagi memahami kesannya kepada manusia.

Sumber: MIT Technology Review

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY