Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tv android xiaomi wiser

Tiada Android TV 15, Mungkin Terus Ke Android TV 16 Pada Tahun 2026

Diterbitkan November 8, 2024 oleh Rushsyafizal

Google nampaknya sedang mengatur semula jadual pelancaran sistem Android TV dan mungkin akan memperkenalkan Android TV 16 sebagai versi seterusnya, dengan melangkaui Android TV 15.

Perubahan ini mungkin disebabkan keperluan untuk memadankan jadual kemas kini dengan kemampuan pengeluar TV yang sukar mengikuti frekuensi pelancaran versi baharu. Ini kerana Google baru sahaja melancarkan Android TV 14 awal tahun ini, dan perubahan ini menjadikan pelancaran Android TV akan berlaku dua tahun sekali (biyearly).

Android TV, walaupun berdasarkan kod asas yang sama dengan Android untuk telefon dan tablet, diatur mengikut keperluan berbeza. TV adalah peranti khusus untuk media yang tidak memerlukan kemas kini perisian sekerap telefon pintar. Kebanyakan pengguna TV juga dilihat tidak sering menaik taraf peranti mereka, kebiasanya setiap 5 hingga 10 tahun berbanding pengguna telefon pintar yang mengutamakan spesifikasi perisian terkini.

Jadual baharu yang diumumkan oleh Google kepada rakan kongsi Android TV ini selaras dengan keperluan pengeluar untuk mengurangkan tekanan pelancaran perisian baharu. Android TV 14 kini menjadi versi terbaru dan berasaskan Android 14 yang dilancarkan pada Oktober 2023.

Dengan jadual baharu ini, Android TV seterusnya mungkin dilancarkan pada 2026. Google kini menguji beberapa API sistem baharu untuk Android TV 16, menjadikan Android TV 16 sebagai calon yang lebih mungkin berbanding Android TV 15 untuk pelancaran pada tahun tersebut.

Google masih belum mengumumkan ciri-ciri baharu yang bakal diperkenalkan dalam Android TV 16, dan kemungkinan besar kita perlu menunggu pengumuman rasmi atau pratonton pembangun untuk melihat penambahbaikan yang akan dibawa.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda
  • Anda Boleh Menang Tiket PMGC 2024 Di London Dengan Cara Ini
  • Audi Lancarkan Jenama AUDI Di China, Perkenal EV Yang Boleh Dicas 10 Minit Beri Julat 370 Km
  • Caj 1% Untuk Tambah Nilai Setel Guna Kad Kredit Bermula Disember 2024

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY