Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Untitled design (39)

Anda Boleh Menang Tiket PMGC 2024 Di London Dengan Cara Ini

Diterbitkan November 8, 2024 oleh Rushsyafizal

Infinix menawarkan peluang eksklusif kepada rakyat Malaysia untuk memenangi perjalanan ke Grand Finals PUBG MOBILE Global Championship (PMGC) di London.

Infinix PMGC Grand Giveaway KV

Pemenang bertuah akan dapat menyaksikan pertempuran terbesar PUBG MOBILE di dunia secara langsung dan menyokong pemain kegemaran mereka di pentas antarabangsa.

Pemenang utama akan menerima percutian berbayar ke London, lengkap dengan tiket penerbangan dan penginapan. Selain itu, tiga pemenang lain akan menerima VIP Experience Passes untuk menyaksikan Last Chance Matches secara langsung di Malaysia.

Cara Menyertai Infinix PMGC Grand Giveaway:

1. Ikuti Infinix Official Community Group (Malaysia) di Facebook.
2. Komen di hantaran giveaway dengan sebab mengapa anda peminat tegar PUBG, dan tag dua rakan yang turut meminati PUBG MOBILE.
3. Kongsi hantaran tersebut di profil anda.

Penyertaan ditutup pada 21 November 2024, dan pemenang akan diumumkan di Facebook rasmi Infinix Official Community Group (Malaysia).

Lepak Santai PMGC 2024 Watch Party with Infinix

Infinix turut menganjurkan Lepak Santai PMGC 2024 Watch Party di Restoran Al-Safuan, Petaling Jaya pada 14 November 2024, jam 7 malam. Peminat dijemput untuk menonton perlawanan PMGC secara langsung sambil menikmati aktiviti, cabutan bertuah, dan hidangan percuma.

Ikuti perkembangan terkini mengenai Infinix Grand Finals PUBG MOBILE Global Championship Grand Giveaway melalui laman web rasmi Infinix Malaysia, Facebook, Instagram, dan TikTok.

Berkaitan

  • Ramai Cari Telefon Ni Sebab Kamera, Bajet Bawah RM2000 Sahaja
  • Max Juga Bakal Menghalang Perkongsian Kata Laluan
  • Huawei Sedia Ratusan Tapak Rangkaian Mudah Alih Di Sarawak - PM Anwar
  • Ricoh Dilapor Akan Lancar GR IV Pada Tahun 2025
  • 56 Hasil Gambar Daripada Telefon OPPO Dipamer Di Paris Photo 2024

Sumber: Siaran media PUBG

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY