Tiada Adreno Turbo Dari Qualcomm Buat Masa Ini

Kami telah melaporkan berkenaan teknologi Adreno Turbo dari Qualcomm dalam satu kiriman yang telah di buat semalam. Perkara itu tersebar dengan meluas di internet selepas Qualcomm China mengeluarkan satu poster yang memaparkan cip Snapdragon mereka dibelakang sebuah peranti di laman Weibo mereka.



Berita ini mendapat perhatian peminat permainan video mudah alih di seluruh dunia. Namun, menurut berita yang baru kami terima, ia bukanlah seperti yang diharapkan. Poster tersebut sebenarnya adalah untuk mempromosikan cip Snapdragon 845 mereka untuk acara ChinaJoy 2018 yang akan diadakan kelak.

Qualcomm juga telah mengeluarkan satu video susulan bagi poster iklan acah berkenaan. Ia turut memaparkan tentang ciri seperti lebih pantas, lebih lancar, lebih lama, lebih sejuk, dan lebih pintar yang turut muncul pada poster tersebut. 



Bagaimanapun, pemerhati industri tidak menolak kemungkinan bahawa Adreno Turbo masih lagi akan diperkenalkan pada masa hadapan. Ini kerana Qualcomm pasti tidak mahu membiarkan Huawei terus berada di hadapan bersama GPU Turbo mereka.

Sama-sama kita nantikan tindak balas daripada Qualcomm berkenaan perkara ini.

Sumber