Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Yi Tampil Bersederhana Dengan Kamera Yi M1

Yi Tampil Bersederhana Dengan Kamera Yi M1

Diterbitkan September 28, 2016 ยท Dikemas kini Oktober 23, 2016 oleh Haikel Areff
Yi Tampil Bersederhana Dengan Kamera Yi M1

Yi bukanlah nama asing dalam menghasilkan peranti alternatif. Antara peranti Yi yang terpahat di jiwa pengguna gajet adalah kamera aksi Yi 4K yang mempunyai kualiti setanding GoPro 4 dengan harga yang jauh lebih rendah. Alternatif.

Kini Yi sekali lagi datang dengan kamera baru iaitu M1 Micro Four Thirds yang mungkin menjadi pilihan alternatif kepada kamera Leica.

Ianya akan dijual di pasaran dengan harga RM1300 bersama kit standard zoom. Anda perlu menambah lebih kurang RM500 untuk set yang lengkap.

Untuk harga yang agak rendah, anda akan memperolehi kamera 20.1 Mega-pixel dengan sensor Sony IMX269 Micro Third yang mempunyai keupayaan rakaman 4K. Yi M1 juga mempunyai sambungan Wi-Fi dan sambungan low-energy Bluetooth. Sebuah rekaan yang sederhana untuk pengguna professional dengan modal rendah.

Buat masa ini, Yi M1 ini hanya dijual di pasaran China.

Sumber: yitechnology

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY