Permainan ini sudah boleh dimainkan di China dan kini versi beta untuk pasaran global mula tersedia. Namun setakat ini, ia hanya tersedia untuk Google Play Store di Australia sahaja.
COD: Legends of War ini hadir dengan beberapa peta popular permainan Call of Duty asal seperti Nuketown, Hijacked, Crossfire dan Crash.
Kredit: Xda-Developers
Selain itu, pemain juga akan dapat memainkan pelbagai mod berbeza antaranya Team Deathmatch, Frontline, Free4All dan Search & Destroy.
Bagi anda yang mahu mencuba permainan ini sebelum pelancaran rasminya nanti, anda boleh ikuti langkah-langkah dibawah:
- Muat turun fail APK dari APKMirror
- Pasangkan permainan ke peranti anda
- Mulakan permainan. Permainan akan tersangkut di paparan hadapan
- Keluar dari permainan, anda boleh juga 'force stop' permainan bagi memastikan proses permainan berhenti seterusnya
- Muat turun fail OBB dari APKMirror. Extract dan pindahkan fail OBB ke Android/obb/com.activision.callofduty.shooter.
- Mulakan perperangan anda!
Sumber: Reddit via Xda-Developers
Berkaitan
- Vitality - Permainan Video Terbaru Dari Pembangun PUBG Mobile Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi
- U Mobile Dan Huawei Malaysia Bekerjasama Meneroka Rangkaian 5G
- Lord Of Fire Kembali Semula Ke Pasaran Sebagai Note 7 Fan Edition- Penurun Saiz Bateri Dan Harga
- Kebolehan Pocophone F1 Diuji Pada Acara Pocophone Game Night
- (Kemaskini) Pertandingan Mobile Fotografi Dari OPPO – Peluang Untuk Menang Hadiah Bernilai RM3999
- India Pula Bakal Menjadi Tuan Rumah Kepada Mobile World Congress (MWC)
- Kena Kejar Dengan Hantu #NightOfFright7
- PUBG Mobile Lite Kini Ditawarkan Untuk Pengalaman Bermain Lebih Baik Bagi Peranti Kelas Pertengahan
- Aplikasi Selfie Dari Microsoft Kini Tampil Untuk Android
- Permainan Video Lord of The Rings Sedang Dibangunkan, Bakal Dilancarkan Pada 2021