Pada mulanya, ia sememangnya dijangka untuk Apple menyertakan teknologi ini pada model iPhone tahun ini.
Namun, beberapa laporan yang muncul sejak kebelakangan ini melaporkan perkara berbeza pula.
Seakan-akan menguatkan lagi ura-ura bahawa iPhone 12 tidak akan disertakan dengan skrin 120Hz. Hanya 60Hz sahaja.
Sehinggalah hari ini, penganalisis terkenal Ming-Chi Kuo melaporkan perkara yang sama. Alasan yang dinyatakan disebabkan ketiadaan ciri ini adalah impak kepada jangka hayat bateri telefon yang rendah.
Seperti yang diketahui, tahun ini kesemua model iPhone 12 akan menyokong teknologi rangkaian 5G.
Ditambah pula dengan saiz bateri yang kebiasaannya kecil berbanding model Android, sudah tentu skrin 120Hz akan mencairkan jangka hayat bateri lebih pantas.
Namun begitu, Ming-Chi Kuo menambah ciri ini dijangka akan hadir pada model iPhone tahun 2021 yang menggunakan skrin LTPO yang lebih jimat tenaga.
Tambahan maklumat lain mengenai barisan iPhone 12, hanya model 5.4 inci sahaja yang akan dimuatkan dengan takuk bersaiz lebih kecil.
Manakala 3 lagi model akan mempunyai takuk yang bersaiz masih sama seperti pada siri iPhone 11.
Sumber: Macrumors
Berkaitan
- DxOMark: Jenama Apple Kini Antara 5 Teratas Dalam Carta Melalui iPhone 12 Pro Dan iPhone 12 Pro Max
- Xiaomi Mi 10i Dilancarkan Dengan Snapdragon 750G, Skrin LCD 120Hz, Dan Bateri 4,820mAh
- Ketua Bahagian Sekuriti Apple Didakwa Merasuah 200 iPad Untuk Dapatkan Permit Senjata Api
- iPhone SE 2020 Mula Dijual Di Malaysia Hari Ini - Harga Bermula RM 1,999
- 120Hz Antara Teknologi Paparan Baharu Yang Bakal Dimuatkan Dalam Siri OnePlus 8
- Pakar Forensik: Android Lebih Sukar Untuk Dipecah Masuk Berbanding iPhone
- Apple Kini Lebih Minimalis - Dalam Kotak iPhone Tiada Lagi Pengecas Dan Fon Telinga Disertakan
- iPhone 11 Mempunyai Hayat Bateri Yang Bagus, Tapi Apple Tetap Akan Keluarkan Smart Battery Case
- Canalys: iPhone 11 Masih Lagi Telefon Pintar Paling Popular Digunakan Di Seluruh Dunia
- Aplikasi Dan Permainan Terbaik Apple Untuk Tahun 2019