Xiaomi Mi 10i Dilancarkan Dengan Snapdragon 750G, Skrin LCD 120Hz, Dan Bateri 4,820mAh

Siri Xiaomi Mi 10 merupakan barisan model telefon mercu Xiaomi. Kini, model terbaharu telah diperkenalkan di India iaitu Xiaomi Mi 10i.

Dari segi rekaan dan spesifikasi, ia adalah sama sahaja dengan Xiaomi Redmi Note 9 Pro 5G yang baru sahaja dilancarkan November lalu. Secara tidak langsung, ia merupakan penjenamaan semula untuk model global Redmi Note 9 Pro 5G.

Skrin Xiaomi MI 10i adalah 6.67 inci dengan panel LCD FHD+ yang menyokong kadar segar semula 120Hz. Pada skrinnya juga turut dimuatkan dengan lubang kamera swafoto 16MP.



Menjana kuasa telefon adalah Snapdragon 750G yang dipadankan dengan RAM 6GB/8GB dan juga storan dalaman 64GB/128GB.

Dari segi kamera, ia menggunakan sensor kamera utama Samsung ISOCELL HM2 108MP di samping 8MP sudut lebar, 2MP makro, dan 2MP depth.

Untuk pengecasan, bateri berkapasiti 4,820mAh dan pengecasan 33W dibekalkan. Antar ciri menarik lain adalah pembesar suara stereo, bicu 3.5mm, pengimbas cap jari sisi dan juga pemancar inframerah.



Xiaomi Mi 10i hadir dengan 3 pilihan warna Pacific Sunrise, Midnight Black, dan Atlantic Blue. Harga jualan adalah bermula dari (~RM1,207) di India.