Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Reaksi Awal iPhone 12 Pro Max

DxOMark: Jenama Apple Kini Antara 5 Teratas Dalam Carta Melalui iPhone 12 Pro Dan iPhone 12 Pro Max

Diterbitkan November 16, 2020 oleh Meor Hasyim

DxOMark merupakan laman rasmi rujukan prestasi kamera yang sering digunakan sebagai ukur aras dalam industri kamera termasuk juga telefon pintar.

Untuk prestasi kamera telefon pintar, jenama Apple kebiasaannya tidak mempunyai rekod dinilai dengan skor yang tinggi oleh pihak DxOMark.

Namun, dengan iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max, jenama itu kembali menduduki posisi 5 teratas carta.

DxOMark: Jenama Apple Kini Antara 5 Teratas Dalam Carta Melalui iPhone 12 Pro Dan iPhone 12 Pro Max

iPhone 12 Pro Max memperoleh skor sebanyak 130 pada tempat ke-4 manakala iPhone 12 Pro pula 128 pada tempat ke-5.

Melalui ulasan DxOMark, mereka memuji sistem kamera kedua-dua iPhone yang mempunyai autofokus pantas, butiran yang tinggi, exposure yang tepat, julat dinamik yang tinggi dan penstabilan kemas ketika menangkap gambar.

DxOMark: Jenama Apple Kini Antara 5 Teratas Dalam Carta Melalui iPhone 12 Pro Dan iPhone 12 Pro Max DxOMark: Jenama Apple Kini Antara 5 Teratas Dalam Carta Melalui iPhone 12 Pro Dan iPhone 12 Pro Max

iPhone 12 Pro hadir dengan sistem kamera 12MP utama, 12MP sudut lebar, dan 12MP zum telefoto.

iPhone 12 Pro Max pula mempunyai sensor 12MP utama lebih besar, 12MP zum lebih jauh, 12MP sudut lebar yang sama, dan tambahan sensor LIDAR. Ia juga dilengkapi dengan penstabilan OIS jenis sensor-shift yang lebih efektif dalam mengendalikan pergerakan dan goncangan.

Mengapa Terlampau Banyak Model Telefon Yang Dikeluarkan Oleh Syarikat Dari China?

Secara keseluruhan, Huawei masih lagi mendahului carta dengan model Mate Pro sementara Xiaomi Mi 10 Ultra dan Huawei P40 Pro pula ditempat kedua dan ketiga.

Sumber: DxOMark

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY